Sunday 12 August 2018

KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI MELAKA

KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI MELAKA
TARIKH :10 OGOS 2018 - 12 OGOS 2018
LOKASI: PUSAT KOKURIKULUM MELAKA, LANCHANG,MERLIMAU.

https://youtu.be/0ETv8F35PnU

Wednesday 1 August 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA KOROBORI

TARIKH: 26 JULAI 2018
HARI:KHAMIS
MASA: 3 PETANG
TEMPAT: IBU PEJABAT PPM DAERAH MERLIMAU,SMK SERI MAHKOTA, UMBAI, MELAKA








Monday 26 February 2018

KEMBARA PENGAKAP SELATAN 2018

KEMBARA PENGAKAP SELATAN 2018
22-24 FEBRUARI 2018
SUNGAI PETANI KEDAH

ANJURAN: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI MELAKA
DENGAN KERJASAMA:PPM NEGERI JOHOR, PPM NEGERI SEMBILAN & PPM NEGERI KEDAH






















Tuesday 20 February 2018

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA DAN REMAJA 2018, SMK SRI MAHKOTA

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA DAN REMAJA 2018, SMK SRI MAHKOTA
TARIKH :12 FEBRUARI 2018








MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP MERLIMAU BERSAMA PEMIMPIN KUMPULAN.

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP MERLIMAU BERSAMA PEMIMPIN KUMPULAN.
Tarikh : 15.02.2018. ( Khamis )
Waktu  : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat DUN Merlimau, JAPERUN Merlimau

Agenda Mesyuarat :
1. Bacaan Persetiaan Pengakap
2. Bacaan Doa
3. Ucapan kata-kata aluan pengerusi mesyuarat
4. Pendaftaran ahli 2018
5. Tauliah ADC / Pemimpin
6. Program / Aktiviti 2018







Thursday 5 January 2017

INFO TERKINI SEJARAH PENGAKAP NEGERI MELAKA



Perkembangan pengakap negeri Melaka bermula pada tahun 1925 di High School Melaka. Namun fakta terkini ditemui oleh PPM Melaka menyatakan bahawa sejarah awal perkembangan pengakap negeri Melaka bermula di Sekolah Pay Fong, Melaka dengan penemuan sijil pendaftaran kumpulan di sekolah berkenaan bertarikh bulan Oktober 1917.

Dimaklumkan bahawa PPM Melaka telah membuat permohonan rasmi kepada Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menukar fakta sejarah permulaan pergerakan pengakap negeri Melaka yang sedia ada kepada yang terkini.

Sekarang kita hanya menanti pengesahan dan pengumuman rasmi daripada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Thursday 26 May 2016

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU ( PERINGKAT 1 ) NEGERI MELAKA 2016


Salam Pengakap !

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 seperti ketentuan berikut :


Kursus Kepimpinan bagi Unit            : PKK, PM & PR
Tarikh                                                : 30 Mei 2016 hingga 1 Jun 2016 ( Isnin - Rabu )
Tempat                                              : Kem Pengakap Melaka.
Yuran Penyertaan                             : RM60.00 seorang.

2.  SURAT PELEPASAN/KEBENARAN PESERTA KURSUS MANIKAYU (JPN Melaka).

Monday 25 April 2016

KUNJUNGAN MESRA DAN INGATAN KASIH SAYANG

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau telah mengadakan program kunjungan mesra dan penyampaian sumbangan ikhlas kepada En. Kamaruddin bin Jantan (mantan DC Merlimau) pada 24 April 2016 lalu.

Beliau telah berkhidmat sebagai DC Merlimau dari tahun 1999 hingga 2012 dan merupakan DC cemerlang negeri Melaka sebanyak 2 kali.

Jawatan terakhir beliau adalah Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Negeri Melaka sebelum terpaksa melepaskan jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Sama-sama lah kita doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif.

Drpd: Pengerusi Latihan.

PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA & REMAJA NEGERI MELAKA 2016

Persekutuan Pengakap Daerah Merlimau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Negeri Melaka telah menganjurkan Perkhemahan Skim Lencana bagi Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja peringkat negeri Melaka pada 22 - 24 April 2016 bertempat di Kem Pengakap Negeri Melaka. Seramai 400 orang peserta mengikuti perkhemahan kali ini dan 30 orang jurulatih serta petugas menjayakan perkhemahan ini.

Perkhemahan ini menawarkan Lencana Wajib Berbasikal (PKK), Lencana Wajib Ahli Berkhemah (PM) dan Lencana Jayadiri (PR). Setiap peserta diuji mengikut skim lencana masing-masing. Persatuan Badan Uniform lain juga turut serta dalam perkhemahan ini. Mereka ditawarkan lencana khas perkhemahan dan sijil penyertaan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan SC Melaka En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif kerana memberi kepercayaan penuh kepada PPMD Merlimau menganjurkan perkhemahan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan perkhemahan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan yang tuan dan puan curahkan demi memajukan pengakap daerah Merlimau.

Sekian dan terima kasih.
Drpd Pengerusi Latihan.

MUAT TURUN GAMBAR AKTIVITI