Thursday 26 May 2016

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU ( PERINGKAT 1 ) NEGERI MELAKA 2016


Salam Pengakap !

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 seperti ketentuan berikut :


Kursus Kepimpinan bagi Unit            : PKK, PM & PR
Tarikh                                                : 30 Mei 2016 hingga 1 Jun 2016 ( Isnin - Rabu )
Tempat                                              : Kem Pengakap Melaka.
Yuran Penyertaan                             : RM60.00 seorang.

2.  SURAT PELEPASAN/KEBENARAN PESERTA KURSUS MANIKAYU (JPN Melaka).

Monday 25 April 2016

KUNJUNGAN MESRA DAN INGATAN KASIH SAYANG

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau telah mengadakan program kunjungan mesra dan penyampaian sumbangan ikhlas kepada En. Kamaruddin bin Jantan (mantan DC Merlimau) pada 24 April 2016 lalu.

Beliau telah berkhidmat sebagai DC Merlimau dari tahun 1999 hingga 2012 dan merupakan DC cemerlang negeri Melaka sebanyak 2 kali.

Jawatan terakhir beliau adalah Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Negeri Melaka sebelum terpaksa melepaskan jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Sama-sama lah kita doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif.

Drpd: Pengerusi Latihan.

PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA & REMAJA NEGERI MELAKA 2016

Persekutuan Pengakap Daerah Merlimau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Negeri Melaka telah menganjurkan Perkhemahan Skim Lencana bagi Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja peringkat negeri Melaka pada 22 - 24 April 2016 bertempat di Kem Pengakap Negeri Melaka. Seramai 400 orang peserta mengikuti perkhemahan kali ini dan 30 orang jurulatih serta petugas menjayakan perkhemahan ini.

Perkhemahan ini menawarkan Lencana Wajib Berbasikal (PKK), Lencana Wajib Ahli Berkhemah (PM) dan Lencana Jayadiri (PR). Setiap peserta diuji mengikut skim lencana masing-masing. Persatuan Badan Uniform lain juga turut serta dalam perkhemahan ini. Mereka ditawarkan lencana khas perkhemahan dan sijil penyertaan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan SC Melaka En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif kerana memberi kepercayaan penuh kepada PPMD Merlimau menganjurkan perkhemahan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan perkhemahan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan yang tuan dan puan curahkan demi memajukan pengakap daerah Merlimau.

Sekian dan terima kasih.
Drpd Pengerusi Latihan.

MUAT TURUN GAMBAR AKTIVITI

Tuesday 22 March 2016

PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA & REMAJA PADA 22 - 24 APRIL 2016

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau akan menganjurkan Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Remaja  Peringkat Negeri Melaka pada 22 April hingga 24 April 2016 di Kem Pengakap Melaka.

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada:  20 APRIL 2016 (RABU).

Lencana yang ditawarkan kepada peserta adalah seperti berikut :
1. Lencana Perkhemahan.
2. Lencana Wajib Berbasikal untuk PKK.
3. Lencana Wajib Berkhemah untuk PM.
4. Lencana Jayadiri untuk PR.

Sila klik untuk MUAT TURUN :  

TERKINI : SURAT PELEPASAN MURID DAN JURULATIH 22-24 APRIL 2016

Monday 7 March 2016

PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA TINGKATAN 6 NEGERI MELAKA 2016 (04 MAC - 06 MAC 2016)




Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari 
(Pengarah Pendidikan  Negeri Melaka).



Seramai 87 orang dari 4 Kumpulan Pengakap Kelana seluruh negeri Melaka telah menyertai PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA TINGKATAN 6 NEGERI MELAKA 2016 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka  pada 04 Mac 2016 hingga 06 Mac 2016.

Sepanjang perkhemahan ini dijalankan, peserta akan melalui ujian bagi mendapatkan Lencana Ekstrem dan Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana.  Matlamat perkhemahan ini adalah memberi peluang kepada ahli pengakap kelana melengkapkan syarat kelayakan untuk mendapat tempat sebagai calon Pentarafan Anugerah BP dan Rambu Pengakap Kelana.

Ujian lencana Ekstrem Kelana telah dijalankan di Pusat Rekreasi Redtma di Tasik Ayer Keroh manakala ujian lencana Perkhidmatan Kelana dilaksanakan di Kem Pengakap Negeri Melaka.


 Ucapan Ketua Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Kelana Tingkatan 6 Negeri Melaka 2016
(Pn. Kamsiah binti Jumat)



Terima Kasih kepada En. Lau Eng Cheong kerana sudi memberi sumbangan peribadi untuk menjayakan aktiviti perkhemahan.




Kumpulan yang terlibat adalah :
1. Pasukan Pengakap Kelana (Udara) SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub.
2. Pasukan Pengakap Kelana (Udara) SMK Bukit Baru
3. Pasukan Pengakap Kelana SMK Dato' Haji Talib Karim
4. Pasukan Pengakap Kelana UITM Lendu


Sebahagian daripada gambar aktiviti 

 Istiadat Pembukaan Perkhemahan dan Taklimat perkhemahan.


Tuan Imam Ust. Mohd Shah bin Mahmod berdoa memohon semoga keselamatan sepanjang aktiviti ujian lencana Ekstrem ini berlangsung.


Kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas segala kerjasama dan komitmen yang tuan / puan berikan.




Friday 19 February 2016

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH MERLIMAU BERSAMA PEMIMPIN

Salam Pengakap !
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah Merlimau bersama Pemimpin Kumpulan Pengakap Pada ketentuan berikut:

Tarikh : 20 Februari 2016 (Sabtu)

Masa : 9.00 Pagi.

Tempat : Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Pulai.

Tatacara Pakaian : Pakaian Seragam Pengakap Nombor 3 atau pakaian formal (Bagi yang belum ada baju seragam pengakap)

Sehubungan itu, Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah Merlimau dan Pemimpin Kumpulan (Guru Penasihat) Pengakap sekolah wajib hadir bagi mengetahui perancangan program daerah 2016 dan pendaftaran ahli kumpulan bagi tahun 2016.
Sila layari Protal Rasmi JPN Melaka dibahagian Terkini PPD Jasin untuk mendapatkan Surat panggilan mesyuarat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Norizan binti Ishak Basri (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merlimau) di talian 017-2266826.
Sekian dan terima kasih.