Monday 25 April 2016

KUNJUNGAN MESRA DAN INGATAN KASIH SAYANG

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau telah mengadakan program kunjungan mesra dan penyampaian sumbangan ikhlas kepada En. Kamaruddin bin Jantan (mantan DC Merlimau) pada 24 April 2016 lalu.

Beliau telah berkhidmat sebagai DC Merlimau dari tahun 1999 hingga 2012 dan merupakan DC cemerlang negeri Melaka sebanyak 2 kali.

Jawatan terakhir beliau adalah Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Negeri Melaka sebelum terpaksa melepaskan jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Sama-sama lah kita doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif.

Drpd: Pengerusi Latihan.

PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA & REMAJA NEGERI MELAKA 2016

Persekutuan Pengakap Daerah Merlimau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Negeri Melaka telah menganjurkan Perkhemahan Skim Lencana bagi Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja peringkat negeri Melaka pada 22 - 24 April 2016 bertempat di Kem Pengakap Negeri Melaka. Seramai 400 orang peserta mengikuti perkhemahan kali ini dan 30 orang jurulatih serta petugas menjayakan perkhemahan ini.

Perkhemahan ini menawarkan Lencana Wajib Berbasikal (PKK), Lencana Wajib Ahli Berkhemah (PM) dan Lencana Jayadiri (PR). Setiap peserta diuji mengikut skim lencana masing-masing. Persatuan Badan Uniform lain juga turut serta dalam perkhemahan ini. Mereka ditawarkan lencana khas perkhemahan dan sijil penyertaan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan SC Melaka En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif kerana memberi kepercayaan penuh kepada PPMD Merlimau menganjurkan perkhemahan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan perkhemahan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan yang tuan dan puan curahkan demi memajukan pengakap daerah Merlimau.

Sekian dan terima kasih.
Drpd Pengerusi Latihan.

MUAT TURUN GAMBAR AKTIVITI