Thursday 5 January 2017

INFO TERKINI SEJARAH PENGAKAP NEGERI MELAKA



Perkembangan pengakap negeri Melaka bermula pada tahun 1925 di High School Melaka. Namun fakta terkini ditemui oleh PPM Melaka menyatakan bahawa sejarah awal perkembangan pengakap negeri Melaka bermula di Sekolah Pay Fong, Melaka dengan penemuan sijil pendaftaran kumpulan di sekolah berkenaan bertarikh bulan Oktober 1917.

Dimaklumkan bahawa PPM Melaka telah membuat permohonan rasmi kepada Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menukar fakta sejarah permulaan pergerakan pengakap negeri Melaka yang sedia ada kepada yang terkini.

Sekarang kita hanya menanti pengesahan dan pengumuman rasmi daripada Persekutuan Pengakap Malaysia.